WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PERTEMBUNGAN DUA GERGASI

Sejak Virgil van Dijk tiba di Anfield 13 bulan lalu, benteng Liverpool sukar ditembusi lawan


Back To Sports Updates

Sejak Virgil van Dijk tiba di Anfield 13 bulan lalu, benteng Liverpool sukar ditembusi lawan, bagaimanapun, tonggak Reds itu tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang Bayern Munich, esok, dan ketiadaannya benar-benar membuat Jurgen Klopp pening kepala.

Van Dijk digantung perlawanan selepas menerima tiga kad kuning ketika saingan peringkat kumpulan, dan ini bermakna dia terpaksa diketepikan dalam aksi timbal balik pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara dengan Bayern.

Kecederaan Joe Gomez dan Dejan Lovren membuat Klopp tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menggandingkan Joel Matip dan Fabinho yang dilihat sebagai calon paling sesuai.

Sementara itu, Bayern diberi amaran awal apabila bergelut sebelum melakar kemenangan 3-2 ke atas Augsburg dalam aksi Bundesliga, hujung minggu lalu. Kelab itu terpaksa bangkit dua kali sebelum meraih kemenangan dan mereka juga hampir kehilangan khidmat Kingsley Coman yang ditimpa kecederaan buku lali.

Bagaimanapun, Bavarian mengesahkan Coman sempat cergas menjelang kunjungan ke Anfield, yang mana ia satu berita gembira setelah Thomas Muller terlepas dua aksi kerana digantung perlawanan.

Sumber: Utusan Online