• LISTEN NOW ON AIR

    03/29/24 - 03/29/24

WHAT'S NEXT

03/29/24 - 03/29/24

MAYAT DALAM PESAWAT EMILIANO SALA BERJAYA DIKELUARKAN

Pesawat itu bagaimanapun masih di berada di dasar Selat Inggeris pada kedalaman 67 meter, 34 kilometer dari persisiran pantai Guernsey


Back To Sports Updates

Mayat yang dikesan di dalam bangkai pesawat yang membawa pemain Cardiff City, Emiliano Sala, dan juruterbang David Ibbotson, telah berjaya dibawa keluar, kata penyiasat.

Menurut Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB), kenderaan kawalan jauh (ROV) digunakan dengan begitu cermat untuk mengeluarkan mayat itu dalam operasi yang sangat mencabar, susulan keadaan cuaca buruk.

Mayat itu kemudiannya dibawa ke Isle of Portland sebelum diserahkan kepada unit forensik di Dorset.

Agensi tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan identiti mayat berkenaan.

Bangkai pesawat itu dikesan pasukan penyiasat persendirian pada Isnin selepas ia dilaporkan hilang pada 21 Januari lepas.

Dua kusyen kerusi yang dipercayai dari pesawat malang itu turut ditemui di pesisiran pantai Perancis.

Pada Selasa, pasukan itu berjaya mengesan mayat di dalam bangkai pesawat.

Pesawat itu bagaimanapun masih di berada di dasar Selat Inggeris pada kedalaman 67 meter, 34 kilometer dari pesisiran pantai Guernsey.

Usaha mengeluarkan bangkai pesawat itu terhenti seketika dan akan disambung semula apabila keadaan cuaca bertambah baik.

Pesawat tersebut membawa penyerang warga Argentina berusia 28 tahun itu, dan Ibbotson, 59 tahun, dari Nantes, barat laut Perancis, menuju ke Cardiff selepas Sala melengkapkan perpindahannya ke Cardiff City yang bernilai 15 juta paun Sterling (RM80 juta).

Sumber: AWANI