WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

AMK SARAWAK JENGUK LATIHAN SKUAD LIGA PERDANA SARAWAK

Saifunnizam sempat berborak dengan dua penyerang Sarawak, Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic semasa melawat sesi latihan pasukan Sarawak


Back To Sports Updates

KUCHING: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak semalam sempat menjenguk latihan skuad bola sepak Liga Perdana Sarawak dan skuad bawah 19 tahun Sarawak sambil mengedarkan buah limau kepada pemain dan pengurusan sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dalam kenyataan media semalam turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Sarawak yang akan mengharungi kempen Liga Premier bermula pada Sabtu ini.

Pada yang sama juga, beliau juga berharap tiada lagi isu-isu luar padang seperti yang didengar sebelum ini seperti isu lewat pembayaran gaji atau isu-isu lain yang boleh menjejaskan prestasi pemain dan pasukan.

“Walaupun pasukan kali ini dibarisi ramai pemain muda, AMK Sarawak percaya pasukan ini mampu menyaingi pasukan lain dan merealisasikan impian penyokong setia Ngap Sayot.

“Untuk pengurusan, sekali lagi AMK Sarawak berharap agar kebajikan pemain dapat dijaga dan diberi perhatian khususnya kepada pemain-pemain muda kerana mereka adalah aset penting untuk pasukan ini.

“Buat para pemain, berilah yang terbaik demi lencana di dada dan seterusnya layak ke Liga Super tahun 2020,” katanya.

Beliau juga menyeru kepada penyokong pasukan Sarawak untuk sama-sama memenuhi Stadium Sarawak untuk memberi sokongan padu kepada pasukan Sarawak.

Jelasnya, Sarawak amat memelukan sokongan ‘pemain ke-12’ untuk bersama dengan mereka.

“AMK Sarawak juga berharap kesemua pihak sentiasa bersedia serta bersikap terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan membina untuk kebaikan pasukan Sarawak. Mun sik kita, sapa gik nak nyokong sidak nak?”

Sumber: Utusan Borne