WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CHELSEA SAH IKAT HIGUAIN

Chelsea mendapatkan Gonzalo Higuain menerusi pinjaman daripada Juventus sehingga hujung musim ini


Back To Sports Updates

LONDON: Chelsea mendapatkan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain menerusi pinjaman daripada Juventus sehingga hujung musim ini ketika pengurus Maurizio Sarri berusaha untuk mengukuhkan lagi jentera serangan The Blues.

Higuain akan kembali disatukan dengan Sarri, yang sebelum ini membimbing pemain berusia 31 tahun itu di Napoli dan menjadikannya sebagai sasaran utama dalam jendela perpindahan bulan ini.

Selepas menamatkan separuh musim pertama yang mengecewakan di AC Milan, Higuain mengakui dia tidak sabar untuk berpindah ke Stamford Bridge.

“Apabila peluang untuk  menyertai Chelsea berada di depan mata, saya perlu mengambilnya,” kata Higuain dalam laman web Chelsea hari ini.

“Ia adalah pasukan yang saya suka dan mempunyai banyak sejarah, stadium yang hebat dan mereka bermain di Liga Perdana, satu liga yang sering saya impikan untuk bermain.

“Kini saya harap saya dapat balas kepercayaan yang diberikan Chelsea di padang, saya tak sabar untuk bermula dan saya harap dapat menyesuaikan diri secepat mungkin,” katanya yang setakat ini hanya menjaringkan satu gol dalam 12 penampilannya di Milan.

Bekas bintang Real Madrid yang akan menyarung jersi nombor sembilan di Chelsea dikatakan mahu mencipta kembali hubungan yang menghasilkan kejayaan buat Sarri ketika mereka beraksi di Napoli pada musim 2015-16.

Dia menjaringkan 36 gol liga dalam 35 perlawanan untuk Napoli, sekali gus memecahkan rekod Serie A ketika itu.

Sumber: Berita Harian