WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

PENIPUAN CUKAI: RONALDO BAYAR DENDA, ELAK HUKUMAN PENJARA

Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez meninggalkan mahkamah di Madrid, Sepanyol, 22 Jan, 2019


Back To Sports Updates

MADRID: Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo, didenda hampir 19 juta euro (RM89 juta) selepas mengaku bersalah dalam kes penipuan cukai tetapi berjaya mengelak hukuman penjara 23 bulan selepas bersetuju dengan satu perjanjian.

Berjalan keluar dari kamar mahkamah dengan diiringi tunangnya Georgina Rodriguez pada Selasa, Ronaldo sempat menurunkan tandatangan ketika peminatnya meminta autograf, sebelum memasuki kenderaan yang sedang menunggu.

Pemain Juventus berusia 33 tahun itu, yang bermain untuk Real Madrid dari 2009 hingga 2018, bersetuju menyelesaikan kes itu dengan membayar denda sebanyak 18.8 juta euro dan menerima penangguhan hukuman penjara.

Di bawah undang-undang Sepanyol, pesalah kali pertama bagi kes yang melibatkan hukuman penjara di bawah dua tahun boleh dihukum dengan hanya diletakkan dalam pemerhatian.

Pemegang anugerah pemain terbaik dunia sebanyak lima kali itu hanya muncul di mahkamah selama 15 minit dan bagi menandatangani perjanjian yang sudah dibuat sebelumnya.

Pada Isnin, Ronaldo memohon dibenarkan untuk tidak masuk ke mahkamah melalui pintu depan bagi mengelak daripada menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan langkah keselamatan khas itu.

Pada 2017, Ronaldo menafikan pertuduhan dengan sengaja menggunakan perniagaan untuk menyembunyikan pendapatan berkaitan dengan hak penampilannya antara 2011 dan 2014.

Sumber: AWANI