• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

MANNY PACQUIAO KEKALKAN KEJUARAAN WELTERWEIGHT WBA

Manny Pacquiao mengekalkan kejuaraan weltwerweight WBA yang dipegangnya selepas menumpaskan Adrien Broner, pada Ahad


Back To Sports Updates

Petinju lagenda dari Filipina Manny Pacquiao berjaya mengekalkan kejuaraan weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) yang dipegangnya selepas menewaskan Adrien Broner di Las Vegas, pada Ahad.

Memetik laporan BBC, Pacquiao, 40 tahun menumpaskan Broner dari Amerika Syarikat, yang jauh lebih muda darinya menerusi keputusan sebulat suara.

Ketiga-tiga juri memberikan mata 117-111, 116-112, 116-112 yang memihak kepada Pacquiao, selepas dia mendominasi pertarungan tersebut hingga pusingan ke-12.

Kemenangan itu melebarkan rekod profesionalnya kepada 61-7-2.

 

Manny Pacquiao melepaskan tumbukan kepada lawannya, Adrien Broner dalam aksi tinju di Las Vegas, pada Ahad. - Foto AP
Manny Pacquiao melepaskan tumbukan kepada lawannya, Adrien Broner dalam aksi tinju di Las Vegas, pada Ahad. - Foto AP

 

Dalam pada itu, Pacquiao turut memaklumkan dia kini sedia untuk mengadakan pertarungan semula (rematch) dengan bintang tinju Amerika, Floyd Mayweather yang pernah menewaskannya pada Mei 2015 dahulu.

"Suruh dia kembali ke gelanggang dan kita akan berlawan. Saya sedia bertarung dengan Floyd Mayweather sekiranya dia sedia kembali bertinju," katanya.

Bagaimanapun, Mayweather yang berada di barisan penonton pada ketika itu, tidak memberi apa-apa respons.

Mayweather pada 1 Januari lalu, telah menumbangkan petinju Jepun Tenshin Nasukawa dalam satu perlawanan pertunjukan di Tokyo, Jepun.

Sumber: AWANI