WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

CHELSEA TAWAR CECH PELUANG KEMBALI KE STAMFORD BRIDGE

Chelsea akan menawarkan Petr Cech peluang kembali ke Stamford Bridge selepas penjaga gol Arsenal itu mengumumkan persaraan beliau


Back To Sports Updates

LONDON, England: Chelsea akan menawarkan Petr Cech peluang kembali ke Stamford Bridge selepas penjaga gol Arsenal itu mengumumkan persaraan beliau pada musim panas nanti.

Cech – yang memiliki rekod tanpa bolos terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dengan 202 perlawanan – mendedahkan Selasa lepas di mana beliau akan bersara sebagai pemain pada akhir musim ini selepas 20 tahun karier.

Dan pengurusan Stamford Bridge sudah bersedia membuat tawaran kepada Cech dalam usaha untuk membawa beliau ‘pulang’.

Chelsea – yang memberi penghargaan kepada bekas penjaga gol mereka itu Selasa lepas walaupun beliau bukan lagi bermain untuk kelab – akan menawarkan Cech satu jawatan sebagai duta kelab atau dalam kapasiti jurulatih, berkemungkinan dalam akademi kelab.

Ia belum dipastikan sama ada penjaga gol berusia 36 tahun akan menerima tawaran seperti itu.

Cech, yang dikenali sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dalam era Liga Perdana – sudah memulakan latihan kejurulatihan dengan keinginan untuk karier dalam bidang kejurulatihan.

Cech akan membuat satu keputusan tentang langkah seterusnya pada akhir musim ini.

Selepas hilang status nombor satu dari Bernd Leno di Stadium Emirates musim ini, Cech membuat keputusan untuk menamatkan karier dengan reputasinya sebagai salah seorang penjaga gol terbaik masih kekal.

Ketika mengumumkan persaraan akhir musim ini, Cech menulis: “Ini adalah musim ke-20 saya sebagai pemain profesional dan ia sudah 20 tahun sejak saya menandatangani kontrak profesional pertama saya, jadi ia seperti masa yang tepat untuk mengumumkan saya akan bersara pada akhir musim ini.

“Selepas bermain 15 tahun dalam Liga Perdana dan memenangi setiap trofi yang ada, saya merasakan saya sudah mencapai apa yang saya sasarkan.

“Saya akan terus bekerja di Arsenal dengan harapan untuk memenangi satu lagi trofi musim ini dan kemudian saya tidak akan sabar melihat kehidupan baharu saya di luar padang.”

Jose Mourinho, yang membimbing Cech sepanjang dua penggal di Chelsea, berkata: “Saya berasa bangga untuk menjadi pengurus yang memberikan Petr status penjaga gol nombor satu kelab.

“Selepas itu, ia tentang beliau. Semua rekod, prestasi, tanpa bolos, kejuaraan dan sikap profesional beliau.

“Ia satu kerugian besar untuk bola sepak tetapi sejarah tidak dapat dipadamkan. Tahniah di atas karier yang luar biasa.”

Sumber: Utusan Borneo