WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

POGBA PUJI SOLSKJAER

Pogba yang membantu Perancis muncul juara dunia pada tahun lalu kembali menemui sentuhannya sejak Solskjaer tiba


Back To Sports Updates

Pemain tengah Perancis, Paul Pogba berkata sejak ketibaan jurulatih sementara, Ole Gunnar Solskjaer di Manchester United dia bukan sahaja telah menemui rentaknya malah bintang berusia berusia 25 tahun itu kembali tersenyum.

Pogba yang membantu Perancis muncul juara dunia pada tahun lalu kembali menemui sentuhannya sejak Solskjaer tiba pada bulan lalu menggantikan Jose Mourinho yang telah dipecat.

Pogba merupakan pemain termahal United selepas membuat rekod kelab dengan 89 juta pound (RM468 juta) pada 2016 mempunyai hubungan dini bersama Mourinho malah dia sering diletakkan di bangku simpanan.

“Sebelum jurulatih (Solskjaer) tiba, saya berada dalam bayang-bayang sendiri, di bangku simpanan dan saya dapat menerimanya. Saya berasa amat bermakna kerana dapat kembali beraksi dan sekarang saya sentiasa tersenyum,’ katanya selepas membantu United menewaskan Tottenham 1-0 pada Ahad lalu.

Pogba yang sebelum ini dikaitkan bakal meninggalkan Old Trafford sekiranya Mourinho kekal berkata banyak perkara yang telah diselesaikan malah Solskjaer dapat mengenali kelab dengan baik kerana dia sebelum ini pernah menjadi pemain United.

Dia pernah bekerjasama dengan Solskjaer sebelum meninggalkan Old Trafford pada 2010 apabila jurulatih berusia 45 tahun itu membimbing skuad simpanan.

“Satu penghormatan apabila kembali bekerjasama dengannya. Saya mengenalinya sejak akademi dan skuad simpanan di mana nama panggilannya ‘Supersub’. Dia menjalankan tugasnya dengan baik. Dia tahu mentaliti kelab ini ketika bergelar pemain. Dia kini sudah kembali untuk membantu kami dan semuanya berjalan dengan baik,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Online