WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

CITY TERUS HIMPIT LIVERPOOL

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus menyempurnakan sepakan penalti untuk gol kedua peribadinya dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderes


Back To Sports Updates

Penyerang Brazil, Gabriel Jesus mempamerkan ketajaman penyudah apabila mencetak gol ketujuh dalam tiga perlawanan, dengan dua daripadanya ketika Manchester City menewaskan Wolverhampton Wanderes 3-0, ketika lawan beraksi dengan 10 pemain, awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan City berjaya mengurangkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Ingeris (EPL), Liverpool kepada empat mata.

Jesus membuka tirai jaringan pada minit ke-10, sebelum menyempurnakan penalti di akhir babak pertama, selepas Wolves terpaksa beraksi dengan 10 pemain berikutan Willy Boly dilayangkan kad merah.

Satu lagi gol City hasil jaringan sendiri pertahanan lawan, Conor Coady pada minit ke-78.

Selepas bergelut dengan kemerosotan prestasi ketika musim perayaan Krismas, City kini sudah melakar lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Prestasi semasa City itu dilihat mampu merealisasikan impian mereka mempertahankan gelaran dan terus menjadi ancaman utama kepada Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp.

“Kami sudah beberapa kali menentang lawan yang beraksi dengan 10 pemain dan sepatutnya perlu lebih agresif ketika menyerang tetapi kami perlu juga memikirkan perlawanan lain yang bakal diharungi di saingan liga.

“Setiap pemain beraksi dengan baik dan tidak memberikan ruang kepada lawan. Akhirnya kami memperoleh tiga mata berharga untuk terus memberi tekanan kepada pasukan tangga teratas,” kata Pep Guardiola.

City yang sudah menjaringkan 99 gol dalam semua pertandingan musim ini sedar, hanya kemenangan akan mencerahkan peluang mencabar Liverpool selepas seteru utama mereka itu melakar kemenangan di Brighton & Hove Albion.

Sumber: Utusan Online