WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

'INI KEJAYAAN BESAR YANG MEMBANGGAKAN!' - TUN MAHATHIR UCAP TAHNIAH KEPADA RIDZUAN PUZI

Mohamad Ridzuan mencipta sejarah apabila mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi susulan kejayaan mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.

"Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada atlet paralimpik negara Mohamad Ridzuan Puzi di atas pencapaian terbaik beliau.

"Ini suatu kejayaan besar yang pasti membanggakan negara. Malaysia Boleh! #kamiluarbiasa," kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, pada Jumaat malam.

 

 

Ucapan tahniah turut dihulurkan menerusi catatan Twitter Kementerian Belia dan Sukan (@KBSMalaysia).

'Pembuka tirai 2019 yang luar biasa1,' menurut catatan itu.

Mohamad Ridzuan bakal menerima anugerah itu yang akan disampaikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 5 Feb depan, tambah catatan itu lagi.

 

 

Mohamad Ridzuan mencipta sejarah apabila mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36 dan rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh pada temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober tahun lalu.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu melakukan catatan terbaik dalam acara 100m dengan masa 11.87s.

Catatan itu memadam rekod dunia 11.90s milik atlet Rusia, Evgenii Shvetcov yang dilakukan pada Kejohanan Dunia 2013 di Lyon.

Sumber: AWANI