WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

AWAS LIVERPOOL!

Fernandinho memberi amaran kepada Liverpool bahawa Manchester City bersedia untuk memberi saingan sengit


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Fernandinho memberi amaran kepada Liverpool bahawa Manchester City bersedia untuk memberi saingan sengit memburu gelaran juara liga, selepas tekanan kini semakin memuncak buat pendahulu liga itu.

Pemain berusia 33 tahun itu kembali beraksi selepas kecederaan dan membarisi skuad bimbingan Pep Guardiola ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool, awal pagi Jumaat.

Fernandinho percaya kemenangan itu kembali membuka saingan untuk merebut kejuaraan liga.

“Jarak empat mata pastinya menarik untuk kedua-dua pasukan sehingga baki musim ini.

“Liverpool masih kekal pendahulu dan mereka juga mempunyai banyak lagi baki perlawanan perlu dilalui. Bukan mudah untuk kekal di tangga teratas kerana tekanan sangat tinggi.

“Anda perlu memenangi setiap perlawanan dan selepas itu kita dapat saksikan apa yang berlaku.

“Kami perlu meraih mata lagi pada setiap perlawanan. Anda tidak boleh melakukan kesilapan kerana ia bakal menghukum anda. 

“Semua perlawanan adalah sukar. Jadi anda perlu berhati-hati sepanjang masa,” katanya.

City mempamer aksi berbeza ketika mencatat kemenangan ke atas skuad bimbingan Jurgen Klopp apabila sering bertahan di hujung perlawanan untuk mempertahankan kedudukan 2-1.

Sumber: Berita Harian