WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

FAM AMBIL LANGKAH BIJAK KEKALKAN CHENG HOE

Kontrak Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih pasukan bola sepak negara akan berakhir 31 Disember ini


Back To Sports Updates

"Falsafah bola sepak Cheng Hoe ada dalam visi dan misi F:30."

Itu pandangan terbuka pemerhati bola sepak negara, Datuk Richard Scully, yang menyambut baik
hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang tampak mengekalkan khidmat Tan Cheng Hoe selaku
pengendali Harimau Malaya.

Status pengendali berusia 50 tahun itu selaku ketua jurulatih negara hanya akan diketahui dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan pasukan kebangsaan minggu depan.

Situasi itu tampak memberi petanda jelas mengenai kedudukan Cheng Hoe untuk dikekalkan tatkala
kontraknya akan berakhir 31 Disember ini.

Richard juga yakin bekas jurulatih Kedah itu cukup relevan untuk mengendalikan Harimau Malaya
dengan ciri-ciri falsafah bola sepak modennya ada dalam perancangan 'road map' FAM, F:30.

Falsafah bola sepak Cheng Hoe berhasil menerusi jaringan pertahanan Syahmi Safari ketika aksi
separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 menentang Thailand di Bangkok baru-baru ini.

"F:30 menerapkan falsafah bola sepak Malaysia, di mana ia bermula daripada pertahanan dan ia menunjukkan hasil ketika jaringan Syahmi menerusi lapan sentuhan. Itu adalah visi bola sepak Malaysia.

"Jika senior boleh melakukannya, apatah lagi pemain muda. Malaysia masih memiliki masa untuk merealisasikannya," kata Richard.

Sumber: AWANI