WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'BABYFACE' SOLSKJAER KEMBALI KE OLD TRAFFORD

Legenda Old Trafford dari Norway itu akan disertai Mike Phelan, yang sebelum ini pernah bekerja di samping Sir Alex Ferguson


Back To Sports Updates

Ole Gunnar Solskjaer sah dinamakan sebagai pengurus interim Manchester United untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga akhir musim ini susulan pemecatan Jose Mourinho pada Selasa.

Memetik laporan BBC, legenda Old Trafford dari Norway itu akan disertai Mike Phelan, yang sebelum ini pernah bekerja di samping Sir Alex Ferguson turut kembali sebagai penolong pengurus.

“Manchester United ada dalam hati saya dan ianya cukup hebat untuk kembali dalam peranan ini,” kata pengurus berusia 45 tahun itu.

Selain itu, Michael Carrick dan Kieran McKenna yang kedua-duanya dalam staf kejurulatihan Mourinho juga akan kekal dan bekerja di bawah kendalian Solskjaer.

United kini berada di tangga keenam, 11 mata di belakang Chelsea di tempat keempat dan perlawanan pertama pengurus yang dikenali dengan nama ‘Babyface’ itu adalah menentang Cardiff - kelab yang pernah dikenadlikannya pada 2014.

Sementara itu, United difahamkan hanya akan mengumumkan pengurus tetap baharu selepas berakhir musim ini.

Sumber: AWANI