• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

CATS PREBIU

01.00pm - 02.00pm

MALAYSIA KE FINAL PIALA AFF SUZUKI!

Malaysia mengulangi kejayaan mara pentas akhir Piala AFF Suzuki apabila berjaya mengikat Thailand


Back To Sports Updates

PETALING JAYA: Malaysia mengulangi kejayaan mara pentas akhir Piala AFF Suzuki apabila berjaya mengikat Thailand dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu.

Ketinggalan satu gol tidak mematahkan semangat skuad anak buah Tan Cheng Hoe untuk bangkit mengejar hingga ke wisel penamat.

Lebih manis gol kedua yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada babak kedua membawa Harimau Malaya ke final mengetepikan juara bertahan Gajah Perang itu dengan kelebihan bermain di tempat lawan.

Kali terakhir Malaysia mara ke final pada tahun 2014, namun tewas di tangan Thailand.

Malaysia bakal menentang Vietnam atau Filipina di pentas akhir pada 11 dan 15 Disember ini.

Sementara itu, pemain muda negara Safawi Rashid meluahkan rasa bersyukur dengan kemenangan hari ini.

"Pasukan menunjukkan semangat yang sangat tinggi hari ini. Saya sangat gembira memandangkan kita sudah lama tidak menang di tempat lawan, lebih-lebih lagi bertemu Thailand.

"Juga terima kasih kepada semua penyokong Harimau Malaya yang hadir ke sini (Bangkok) dan juga yang berada di tanah air," ujarnya kepada mStar Online sejurus selepas perlawanan.

Tambah Safawi, dia sedikit cedera di bahagian belakang ketika berebut bola dengan pemain lawan.

"Bahagian pinggang agak sakit sedikit. Harap dapat sembuh menjelang final nanti," tambahnya.

Senarai pemain

THAILAND: 1. Chatchai Budprom (GK), 4. Chalermpong Kerdkaew (C), 6. Pansa Hemviboon, 8. Thitipan Puangchan, 9. Adisak Kraisorn, 11. Mongkol Tossakrai, 13. Philip Roller, 17. Tanaboon Kesarat, 22. Supachai Jaided, 24. Korrakot Wiriyaudomsiri, 29. Sanrawat Dechmitr.  (Simpanan) 2. Chananan Pombuppha, 5. Mika Chunuonsee, 7. Sumanya Purisai, 14. Nurul Sriyankem, 15. Suphan Thongsong, 16. Sasalak Haiprakhon, 19. Kevin Deeromram, 21. Pokklaw Anan, 23. Siwarak Tedsungnoen (GK), 25. Pakorn Prempak, 31. Saranon Anuin (GK).

MALAYSIA: 1. Farizal Marlias (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 21. Nazirul Naim Che Hashim; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C).  (Simpanan): 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 6. Syazwan Andik Ishak, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK), 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK).

Sumber: mStar Online