WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

TERBUKA CHINA : V SHEM-WEE KIONG KE PUSINGAN KEDUA

Goh V Shem-Tan Wee Kiong ketika beraksi dalam pusingan kedua pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di Axiata Arena Jun, 2018


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bermula cemerlang pada perlawanan pertama mereka untuk layak ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka China 2018 di Fuzhou, China, pada Selasa.

Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF) www.bwfworldtour.bwfbadminton.com pasangan nombor ke-13 dunia itu terpaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Berry Angriawan-Hardianto Hardianto dari Indonesia; 22-20 dan 21-18 pada perlawanan pusingan pertama yang diadakan di Pusat Sukan Olimpik Haixia.

Bagaimanapun pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, terkeluar dari kejohanan bernilai US $700,000 (RM2.919 juta) selepas tewas 17-21 dan 19-21 kepada pasangan pilihan ketiga, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dari Indonesia dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.

Malaysia tidak menghantar wakil dalam katogeri perseorangan dan beregu wanita dalam Kejohanan Jelajah Dunia BWF status Super 750.

Sumber: BERNAMA