• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

NEYMAR BANYAK BELAJAR DARIPADA MESSI, RONALDO

Messi dan Ronaldo dilihat mendominasi dunia bola sepak dalam tempoh panjang tatkala kedua-duanya meraih pelbagai trofi dan anugerah


Back To Sports Updates

Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, mendedahkan dia mempunyai minat mendalam terhadap bekas rakan sepasukan di Barcelona, Lionel Messi, serta pemain Juventus, Cristiano Ronaldo.

Messi dan Ronaldo dilihat mendominasi dunia bola sepak dalam tempoh panjang tatkala kedua-duanya meraih pelbagai trofi dan anugerah hebat sepanjang satu dekad lalu.

Perpindahan Neymar yang memecahkan rekod dunia untuk ke PSG tahun lalu dipercayai dilakukan kerana ingin mengelak daripada bayang-bayang dua pemain tersebut sewaktu dalam tempoh empat tahun bersama Barcelona.

Namun, penggempur Brazil itu mengambil inspirasi daripadanya berbanding menafikan kehebatan dua pemain itu.

"Saya sudah beraksi bersama Messi, pemain terhebat sepanjang zaman dan dia adalah idola saya dalam bola sepak," kata Neymar.

"Bersama Messi, saya berlajar setiap hari, ketika sesi latihan atau bermain bersamanya serta hanya menontonnya beraksi. Ia membuatkan saya lebih kuat kerana saya sentiasa belajar.

"Mengenai Ronaldo, dia adalah gergasi. Berdepannya menjadi satu kebanggaan dan rasa diiktiraf tetapi kami harus lebih bersedia.

"Dia merupakan salah seorang pemain terbaik dunia di mana ia menjadikan anda seorang yang bijak tetapi dalam masa sama banyak belajar.

"Kedua-dua pemain ini adalah pemain hebat yang boleh saya kaitkan. Saya hanya mahu belajar, mendapatkan kemenangan kerana saya mahu lebih banyak trofi.

Neymar dua kali mengakhiri anugerah Ballon d'Or di belakang Messi dan Ronaldo dan pemain berusia 26 tahun itu kini telah menyumbat lapan gol hasil daripada sembilan perlawanan.

Sumber: AWANI