WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KHABIB KAGUMI SALAH, YAKIN ALLAH SENTIASA BERSAMANYA

Khabib Nurmagomedov berkata dia amat mengagumi bintang Liverpool, Mohamed Salah


Back To Sports Updates

Petinju Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov berkata dia amat mengagumi bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Khabib menjadi petinju beragama Islam dan rakyat Rusia pertama memenangi kejuaraan UFC.

Pada lawatan pertamanya ke Abu Dhabi, Khabib memberitahu akhbar Al Ittihad bahawa dia sering mengikuti perkembangan Salah.

"Saya tidak pernah bertemu dengannya tetapi saya sering mengikuti perkembangannya. Dia adalah pemain hebat dan kami memerlukan lebih ramai pemain sepertinya untuk mencerminkan etika dan mengangkat nama Islam ke seluruh dunia.

"Dia mencipta nama kerana dia amat berdisiplin. Saya yakin Allah sentiasa ada di sisinya. Generasi baru memerlukan individu seperti Mohamed Salah untuk mempelajari mengenai tabiat bersederhana, tidak kira betapa terkenalnya anda.

"Dia adalah ikon yang perlu kita lindungi dan bantu untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Saya amat mengaguminya... mengagumi etikanya yang ditunjukkan setiap hari di Eropah," kata Khabib.

Sumber: mStar Online