WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

RONALDO KETEPIKAN SELENA GOMEZ SEBAGAI INDIVIDU PALING RAMAI PENGIKUT DI INSTAGRAM

Ronaldo mencatat jumlah pengikut 144,390,070 (setakat pagi Selasa) manakala Selena pula mengikuti rapat di kedudukan kedua dengan 144,340, 323


Back To Sports Updates

Bintang sensasi, Cristiano Ronaldo bukan sahaja menjadi juara di padang, malah turut hebat di laman sosial.

Terbaharu, pemain Juventus itu mencatatkan rekod dunia apabila menjadi individu yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram, sekaligus mengenepikan penyanyi popular, Selena Gomez.

Ronaldo mencatat jumlah pengikut 144,390,070 (setakat pagi Selasa) manakala Selena pula mengikuti rapat di kedudukan kedua dengan 144,340, 323 pengikut.

Dalam pada itu, Ronaldo akhirnya bersuara mengenai sebab yang membawa perpindahannya dari Real Madrid ke Juventus, Julai lalu.

"Saya rasa dalam kelab tu, terutamanya presiden Florentino Perez, mereka tidak menganggap saya sebagaimana saya ketika bermula dahlu.

"Dalam empat lima tahun pertama, saya rasa seperti Cristiano Ronaldo. Selepas itu tidak lagi.

"Cara presiden tengok saya pun saya dah tahu dan faham, saya mungkin sudah tak diperlukan," kata Ronaldo.

Menurut Ronaldo lagi, perkara itu memberi kesan di hatinya sekaligus memberi petunjuk kepadanya untuk berpindah ke pasukan lain.

"Kadang-kadang saya baca berita, tulis yang saya nak berpidah. Ada la betulnya.

"Tapi saya sentiasa fikir yang presiden Real Madrid tak akan halang pun kalau saya nak berpindah.

"Sebenarnya dia mahu saya dalam pasukan itu, pada masa sama dia nak beritahu yang pemergian saya tak akan jejaskan Real Madrid pun," katanya.

Sumber: mStar Online