• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

REAL MADRID RAIH RM420 JUTA

Real Madrid menerima lebih 88.6 juta euro (RM420 juta) daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) susulan kejayaan kelab gergasi Sepanyol


Back To Sports Updates

PARIS: Real Madrid menerima lebih 88.6 juta euro (RM420 juta) daripada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) susulan kejayaan kelab gergasi Sepanyol itu memenangi Piala Eropah kali ke-13 musim lalu.

UEFA membahagikan keseluruhan 1.412 bilion euro (RM6.70 bilion) kepada semua kelab yang turut serta pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2017-2018 dan 10 pasukan yang tersingkir pada peringkat playoff.

Wang itu dibahagikan mengikut persembahan dan pembayaran “kelompok pasaran”, yang mana ditentukan menerusi nilai pasaran televisyen di setiap negara.

Naib juara Liverpool memperoleh 81.3 juta euro (RM385 juta), kurang sedikit daripada AS Roma yang melangkah ke separuh akhir apabila memperoleh 83.8 juta euro (RM397 juta) sementara kelab gergasi Itali, Juventus menerima 80.1 juta euro (RM379 juta).

Bayern Munich, yang tewas kepada Real pada separuh akhir, menduduki tempat kelima terbanyak dalam senarai penerima dengan 70.5 juta euro (RM334 juta).

Kelab yang tersingkir pada peringkat kumpulan menerima antara 17.4 juta euro (RM82.5 juta) dan 46.5 juta euro (RM220.5 juta) berdasarkan keputusan masing-masing, dengan setiap pasukan dijamin memperoleh minima 12.7 juta euro (RM60 juta).

Sumber: Berita Harian