WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

OZIL GEMBIRA KETUAI 'BOLA SEPAK SEKSI' ARSENAL

Ozil menyempurnakan umpanan Bellerin pada penghujung babak pertama sebelum menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit


Back To Sports Updates

ARSENAL 3 LEICESTER CITY 1

Mesut Ozil memuji 'bola sepak seksi' Arsenal susulan persembahan luar biasa dalam separuh masa kedua untuk merakamkan kemenangan 3-1 ke atas Leicester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Pelawat terlebih dahulu memimpin permainan di Stadium Emirates hasil jaringan sendiri Hector Bellerin, namun ketua pasukan, Ozil, memainkan watak utama dalam kebangkitan Arsenal.

Ozil menyempurnakan umpanan Bellerin pada penghujung babak pertama sebelum menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit untuk menggantikan Pierre-Emerick Aubameyang.

Bekas pemain antarabangsa Jerman itu -- yang mengatasi rekod gol Jurgen Klinsmann bagi seorang pemain Jerman dalam kancah Liga Perdana -- kemudiannya menerima tepukan gemuruh ketika digantikan.

Ozil teruja kerana dapat membalas kepercayaan lilitan kapten yang diamanahkan oleh Unai Emery dengan memperagakan persembahan memukau untuk melonjakkan Arsenal ke tangga keempat selepas mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut.

"Saya fikir kami bermain bola sepak seksi malam ini," tulis Ozil di Twitter. "Saya bangga menjadi ketua pasukan dan kelab ini!"

Arsenal mengintai kemenangan ke-11 dalam semua pertandingan menjelang kunjungan ke Portugal untuk menghadapi Sporting CP dalam saingan Liga Europa, Jumaat nanti.

Sumber: AWANI