WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

06.00am - 10.00am

GIMNAS CILIK, RAYNA HOH NEGARA SUMBANG PERAK

Atlet remaja gimnastik berirama Rayna Hoh menyumbang pingat perak dalam temasya Sukan Olimpik Belia (OG) di Buenos Aires pada Rabu


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Atlet remaja gimnastik berirama, Rayna Hoh menyumbang pingat perak dalam temasya Sukan Olimpik Belia (OG) di Buenos Aires, Argentina, pada Rabu.

Menurut Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), melalui aplikasi Whatsapp, memaklumkan Rayna telah diletakkan dalam pasukan Max Witlock (pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016)turut menyumbang mata kepada pasukan berkenaan melalui aksi disiplin gelung dengan 15.600 mata dan belantan dengan 15.050 mata.

Acara berpasukan campuran ini melibatkan acara gimnastik akrobatik, gimnastik artistik lelaki, gimnastik artistik wanita dan gimnastik berirama.

Acara campuran disiplin berpasukan itu diperkenalkan buat pertama kali pada temasya kali ini dan pasukan yang mengumpul jumlah terendah dinobatkan sebagai pemenang.

Untuk temasya kali ini sebanyak 13 pasukan dengan anggotanya dipilih secara rawak bertanding dengan menggunakan nama bintang-bintang gimnastik dunia.

Pada temasya kali ini, pingat emas menjadi milik pasukan Simone Biles selepas mengumpul 293 mata, sementara pasukan Max Whitlock yang turut diwakili Rayna mengumpul 349 mata untuk pingat perak.

Pingat gangsa menjadi milik pasukan Oksana Chusovitina dengan 352 mata.

Untuk rekod, Rayna adalah pemenang lima pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Perak baru-baru ini.

Beliau melayakkan diri ke YOG selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Berirama Remaja Asia ke-16 di Kuala Lumpur, April lepas.

Sumber: AWANI