WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BADMINTON: ZII JIA JUARA TERBUKA TAIWAN

Lee Zii Jia mengakhiri kemarau 14 tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Pemain negara, Lee Zii Jia mengakhiri kemarau 14 tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan dengan menjuarai acara perseorangan lelaki di Arena Taipei, semalam.

Kali terakhir Malaysia menjuarai perseorangan lelaki kejohanan itu ialah menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2004.

Pada perlawanan hari ini, Zii Jhia terpaksa bertarung sehingga set penentuan sebelum menewaskan pemain Jepun, Riichi Takeshita 21-17, 16-21 dan 21-11 dalam masa 61 minit , menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia, www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Zii Jia mempamerkan aksi cemerlang untuk ke final dengan menundukkan beberapa pemain terkemuka termasuk dua pemain tuan rumah, pemain pilihan keempat kejohanan Hsu Jen Hao dan pilihan nombor satu yang juga pemain nombor empat dunia Chou Tien Chen dalam perlawanan separuh akhir.

Ini adalah gelaran juara antarabangsa kedua buat Zii Jia yang memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Poland 2017.

Sumber: BERNAMA