WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DATUK LEE CHONG WEI PULANG AHAD INI

Chong Wei yang disahkan menghidap kanser nasopharyngeal, pulih sepenuhnya selepas dua bulan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka pulang ke tanah air Ahad ini, lapor beberapa agensi media antarabangsa, semalam.

Berita itu menjadi antara tajuk utama akhbar di China, Taiwan dan Hong Kong selepas Chong Wei, 36, dikatakan sudah selesai menjalani rawatan kanser hidung tahap awal di Taiwan.

Malah, menerusi laporan China Daily turut mengesahkan bahawa bekas pemain nombor satu dunia itu sudah pulih sepenuhnya dengan tajuk akhbar 'Sel kanser Chong Wei berjaya dimatikan'.

Dan berita itu kini sedang hangat dimainkan kebanyakan agensi di China, Hong Kong dan Taiwan.

Menurut China Daily, Chong Wei yang disahkan menghidap kanser nasopharyngeal, pulih sepenuhnya selepas dua bulan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Taiwan.

Jelas laporan akhbar itu lagi, beliau sepatutnya pulang ke Malaysia pada akhir bulan lalu, tetapi atas nasihat doktor Chong Wei hanya akan pulang pada Ahad ini.

"Rawatan Lee Chong Wei sudah berakhir, dan kesannya agak baik. Sel kanser itu sudah hilang.

"Selepas benar-benar pulih dan mendapat rehat secukupnya di Taiwan, beliau dibenarkan pulang pada 7 Oktober ini dengan menaiki jet peribadi dan pulang ke keluarga untuk bersama keluarganya," lapor China Daily.

Berita China Daily ini mendapat 30,000 pelayar dan dikongsi oleh beberapa agensi tempatan lain.

Sumber: AWANI