WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

06.00am - 10.00am

BILA MANCHESTER UNITED AKAN PECAT JOSE MOURINHO?

Mourinho dilihat mempunyai masalah dengan pengurusan kelab, namun masih mendapat majoriti sokongan penyokong tegar the Red Devils


Back To Sports Updates

Bekas penyerang Liverpool dan England, Stan Collymore percaya bahawa Manchester United tidak akan memecat pengurus pasukan itu, Jose Mourinho musim ini.

Bagi Collymore, jarang United memecat pengurus di pertengahan musim walaupun sudah ada calon bagi menggantikan Mourinho dalam masa terdekat.

“Jose Mourinho sering mengkritik pemainnya -- (Anthony) Martial, (Luke) Shaw, (Paul) Pogba, (Alexis) Sanchez -- dengan harapan beroleh dana daripada (Ed) Woodward (Ketua Eksekutif Manchester United) untuk mendapatkan pemain baharu,” kata Collymore.

Collymore percaya di sebalik krisis ini, United akan menamatkan musim dalam kelompok empat pasukan terbaik di England dan perlu memberikan yang terbaik dalam perebutan piala lain selain Liga Inggeris.

 

Selain itu, Collymore percaya Mourinho dan Pogba akan tidak berada di Old Trafford lagi pada musim depan, semasa ditemu bual untuk rancangan Bual Bola di Petaling Jaya pada Rabu.

Musim ini, skuad the Red Devils di bawah bimbingan Mourinho menyamai rekod paling buruk pernah dicatat kelab itu, dengan hanya 10 mata daripada tujuh perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris apabila tewas 3-1 kepada West Ham minggu lepas.

Mourinho juga kerap kali mengkritik pemainnya, terutama sekali pemain tengah Perancis dan pemenang Piala Dunia, Paul Pogba, yang turut menyaksikan pengendali Portugal itu menarik balik tugasnya sebagai pembantu ketua pasukan.

Sejak pra-musim lagi, Mourinho dilihat mempunyai masalah dengan pengurusan kelab, namun masih mendapat majoriti sokongan penyokong tegar the Red Devils.

Sumber: AWANI