WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

5 KEJUTAN YANG PERNAH DIALAMI MANCHESTER UNITED

Sepanjang satu dekad ini, United sudahpun dikejutkan oleh kelab liga bawahan seperti Bristol City dan juga MK Dons


Back To Sports Updates

Kekalahan 8-7 menerusi penalti kepada Derby County dalam saingan Piala Liga Inggeris ataupun Piala Carabao awal pagi tadi bukanlah kejutan yang pertama yang dialami Manchester United dalam kejohanan tersebut.

Sepanjang satu dekad ini, United sudahpun dikejutkan oleh kelab liga bawahan seperti Bristol City dan juga MK Dons.

Berikut 5 kejutan yang dialami the Red Devils dalam Piala Liga.

1. Bristol City 2-1 Manchester United

Pada Disember 2017, United tumpas kepada Bristol City walaupun Zlatan Ibrahimovic berjaya menyamakan kedudukan selepas Joe Bryan meletakkan pasukan tuan rumah di depan.

Korey Smith menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memastikan kemaraan Bristol.

2. Manchester United 0-0 Middlesbrough (Middlesbrough menang 3-1 menerusi penalti)

Manchester United kalah 3-1 dalam penentuan penalti kepada Middlesbrough pada Oktober 2015 pada pusingan keempat Piala Liga.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penalti selepas tiada jaringan berjaya dihasilkan selepas dua pertemuan yang turut menyaksikan Wayne Rooney, Michael Carrick dan Ashley Young gagal menyempurnakan penalti.

3. MK Dons 4-0 Manchester United

Pada Ogos 2014, United dimalukan MK Dons 4-0 dalam pusingan kedua, semasa dibawah bimbingan Louis van Gaal.

Malah United gagal membuat sebarang percubaan tepat ke sasaran sehingga minit ke-72 perlawanan.

4. Manchester United 1-2 Crystal Palace

Pada November 2011, United tunduk 2-1 kepada Crystal Palace yang beraksi dalam Liga Championship ketika itu dalam saingan suku akhir.

Jaringan Glenn Murray dalam masa tambahan memastikan the Red Devils tersingkir.

5. Manchester United 0-1 Leeds United

Leeds United juga berjaya menyingkirkan United dengan kemenangan 1-0 di Old Trafford dalam perlawanan pusingan ketiga pada Januari 2010.

Jermaine Beckford menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan yang beraksi di League One itu.

Mourinho kalah kepada bekas anak buah

Kekalahan kepada Derby menyaksikan pengurus United, Jose Mourinho tunduk kepada Frank Lampard yang pernah menjadi tonggak utama kepada pengendali dari Portugal itu semasa di Chelsea.

Malah Lampard turut terkejut dengan kejayaannya mengalahkan United yang dibawah kendalian pengurus yang dihormatinya itu.

Lampard baru sahaja dilantik sebagai pengurus Derby pada 31 Mei tahun ini, selepas menandatangi kontrak selama tiga tahun bersama skuad The Rams itu.

Kali terakhir United kalah kepada Derby adalah September 2009 dalam kejohanan yang sama.

Selepas itu, Derby bertemu United sebanyak empat kali dalam Piala FA, dimana kesemua perlawanan memihak kepada United.

Walaupun kalah, United kekal kelab paling berharga di dunia dengan Forbes menganggarkan nilai pasukan itu berharga AS$4.123 bilion, mengatasi Real Madrid di tempat kedua dengan AS$4.088 bilion.

Sumber: AWANI