WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

06.00am - 10.00am

CAN MOHON MAAF 'SINDIR' RONALDO

Bekas pemain Liverpool itu kemudian mengeluarkan satu kenyataan maaf, semalam dan menegaskan kata-katanya tidak bermaksud menghina


Back To Sports Updates

ROME: Pemain tengah Juventus, Emre Can memohon maaf susulan kenyataannya "kami bukannya wanita, mari bermain bola sepak" ketika mengulas tindakan pengadil terhadap Cristiano Ronaldo yang dibuang padang pada aksi Liga Juara-Juara menentang Valencia, semalam.

Penyerang Juventus, Ronaldo meninggalkan padang dengan linangan air mata selepas dilayangkan kad merah berikutan kekasarannya terhadap pertahanan Valencia, Jeison Murillo pada minit ke-29 di gelanggang lawan.

Begitupun, ketiadaan penyerang Portugal itu tidak menghalang juara Itali itu untuk meraih kemenangan 2-0.

Bercakap kepada rangkaian Sukan DAZN, Can, 24, dipetik berkata: "Saya baru mengetahuinya ia (kad merah) adalah kerana dia menolak (kepala) Murillo. Kami bukannya wanita, mari bermain bola sepak."

Bekas pemain Liverpool itu kemudian mengeluarkan satu kenyataan maaf, semalam dan menegaskan kata-katanya tidak bermaksud menghina.

"Saya mahu mengambil peluang untuk menjelaskan berhubung komen saya selepas perlawanan pada malam semalam.

"Tindak balas saya selepas melihat rakaman video Cristiano dibuang padang nampaknya menyebabkan kekecohan," kata pemain kebangsaan Jerman itu dalam laman Twitter.

"Saya ingin menyatakan bahawa komen-komen yang dibuat tidak pernah difokuskan atau tidak berniat merendahkan wanita, bola sepak wanita atau kesamarataan dalam apa jua bentuk. Semua orang yang mengenali saya tahu bahawa betapa hormatnya saya terhadap wanita, kesamaan dan rasa hormat.

"Niat saya adalah untuk menyokong rakan sepasukan mengenai keputusan tidak tepat yang boleh menjejaskan permainan kami. Saya sungguh-sungguh meminta maaf jika sebarang komen yang saya buat menimbulkan kemarahan," katanya.

Sumber: Harian Metro