WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SARAWAK UNGGULI ACARA LONTARAN

Atlet lempar cakera Sarawak, Abdul Rahman Lee ketika beraksi di SUKMA Perak di Stadium Perak hari ini


Back To Sports Updates

IPOH: Pemenang pingat emas lempar cakera lelaki di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak, Abdul Rahman Lee dari Sarawak mengakui sukar untuknya mengejar atau menyamai jarak lemparan atlet kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin.

Biarpun perbezaan umur hanya tiga tahun - Abdul Rahman berusia 20 tahun – dia mengakui bukan mudah untuk berada setaraf dengan Irfan.

Kata Abdul Rahman, Irfan mempunyai kelebihan dari segi fizikal dengan ketinggian 188 sentimeter bagi membolehkannya mempunyai bukaan tangan yang lebar.

"Untuk mengejar rekod Irfan memang boleh tapi perlukan masa. Ketika ini saya berlatih bersama jurulatih yang membimbing Irfan, Feropetrovic dari Slovakia dan memang nampak ada peningkatan biarpun baru sebulan berada di bawah bimbingannya.

"Saya berjaya memperbaiki catatan terbaik peribadi dari 48m ke 48.94m dan itu pertanda positif untuk pergi lebih jauh," katanya yang memiliki ketinggian 181sm.

Abdul Rahman mencatatkan balingan 48.94m untuk meraih emas manakala rakan pasukan Ngu Ing Biao, perak (47.57m) diikuti Faris Hazim Jamaluddin, Selangor, gangsa (40.91m). Rekod kejohanan milik Irfan dengan jarak 55.16m.

Mengulas mengenai perancangannya, Abdul Rahman berkata, fokusnya kini adalah cuba melepasi syarat kelayakan ke Sukan SEA Filipina iaitu 50.65m. 

Atlet Sarawak membuktikan mereka kuasa acara lontaran pada SUKMA kali ini apabila meraih empat emas dalam acara lempar cakera lelaki wanita dan baling tukul besi lelaki wanita.

Sumber: Berita Harian