WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

NEYMAR BAKAL TURUN BERDEPAN LIVERPOOL

Tuchel bagaimanapun belum mendedahkan posisi Neymar untuk perlawanan seterusnya


Back To Sports Updates

Neymar akan berada dalam skuad Paris Saint-Germain (PSG) untuk berdepan Liverpool tetapi Thomas Tuchel enggan mengesahkan bintang Brazil itu akan beraksi ataupun sebaliknya.

Pemain termahal dunia itu tidak beraksi ketika kemenangan PSG ke atas Saint-Etienne dalam saingan Ligue 1 selepas kembali daripada aksi antarabangsa.

Tetapi Tuchel mengatakan Neymar akan berada dalam kesebelasan utama aksi pembukaan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan finalis musim lalu, Liverpool, esok.

Neymar memainkan peranan sebagai pemain nombor 10 PSG musim ini tetapi Tuchel tidak mendedahkan posisi pemain itu untuk perlawanan seterusnya di samping memiliki perancangan untuk menurunkan Angel Di Maria.

"Saya tidak akan memberitahu apa-apa," kata Tuchel.

"Buat masa ini, saya memiliki Neymar dan Di Maria yang boleh bermain di posisi yang sama tetapi saya masih belum membuat keputusan. Mendedahkan perkara ini akan memudahkan persiapan Liverpool," ujarnya.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya PSG adalah pilihan untuk menjulang gelaran UCL walaupun mereka tidak mara lebih daripada peringkat suku akhir sejak 1995.

"Ini bukan masa untuk membincangkan mengenai gelaran. Kami gemar beraksi dalam kejohanan ini kerana ia memberikan cabaran kepada pasukan," ujarnya.

Sumber: AWANI