WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PENG SOON-LIU YING MARA SEPARUH AKHIR

Peng Soon-Liu Ying akan bertemu pemenang perlawanan antara dua pasangan China, Zhang Nan-Li Yinhui dengan Zheng Siwei-Huang Yaqiong


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mara ke separuh akhir Terbuka Jepun selepas menewaskan pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti dalam aksi suku akhir, sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung selama 70 minit itu, Peng Soon-Liu Ying yang juga juara edisi 2012 menang 21-19, 20-22, 21-17.

Lebih manis, kemenangan itu berjaya melunaskan dendam pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu ke atas Praveen-Melati selepas mereka tewas dalam dua pertemuan di Terbuka Jerman, Mac lalu dan Terbuka India (Januari lalu).

Peng Soon-Liu Ying akan bertemu pemenang perlawanan antara dua pasangan China, Zhang Nan-Li Yinhui dengan Zheng Siwei-Huang Yaqiong bagi perebutan tempat ke final, esok.

Sumber: Berita Harian