WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

KELAB LIGA BOLASEPAK UTAMA BECKHAM DIBERI NAMA INTER MIAMI

BECKHAM: Ini merupakan hari yang sangat membanggakan bagi saya dan seluruh pasukan


Back To Sports Updates

Bekas kapten England, David Beckham mendedahkan, kelab Liga Bolasepak Utama (MLS) miliknya akan dikenali sebagai Kelab Bolasepak Antarabangsa Miami (Club Internacional de Futbol Miami), atau Inter Miami.

Beckham memperoleh francais MLS di Miami pada Januari lalu selepas mengumumkan rancangannya menubuhkan pasukan di bandar itu empat tahun lalu.

Kelab tersebut turut melancarkan logo berbentuk bulat, dengan dua ekor burung heron berwarna putih yang melambangkan nilai ‘antarabangsa, pelbagai, inklusif, kreatif dan impian besar’.

"Ini merupakan hari yang sangat membanggakan bagi saya dan seluruh pasukan. Ia satu penghormatan untuk mengumumkan nama dan logo baru kepada peminat kami," kata Beckham dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, ia satu lagi langkah penting dalam penubuhan kelab itu "dan hari ini menandakan satu momen penting dalam sejarah Kelab Bolasepak Antarabangsa Miami."

Inter Miami dijadual mula bermain pada 2020 di satu venue sementara sehingga stadium mereka yang digelar Miami Freedom Park, dengan kapasiti 25,000 tempat duduk, dijangka siap setahun selepas itu.

Sumber: AWANI