WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

'SKATER' PROFESIONAL TONY HAWK MINTA FATIN SYAHIRAH ABAIKAN PEMBENCI

Fatin Syahirah dikecam teruk oleh netizen berikutan rakaman persembahannya yang tidak begitu membanggakan tular di media sosial


Back To Sports Updates

PETALING JAYA: Atlet profesional papan selaju Amerika Syarikat, Tony Hawk tampil mempertahankan Fatin Syahirah Roszizi selepas dia menjadi mangsa buli siber gara-gara persembahannya di Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini.

Hawk menulis komen di Instagram atlet wanita papan selaju itu memintanya agar tidak berputus asa dan menjadi inspirasi kepada pemain papan selaju generasi baharu di Malaysia.

"Jangan putus asa! Kalau saya mendengar suara para pembenci sepanjang hidup, saya mungkin berhenti bermain papan selaju sangat awal.

"Mereka hanya meletakkan kelemahan (insecurities) sendiri ke atas kamu kerana mereka berharap mereka memiliki keberanian untuk mencapai impian sendiri," tulis Hawk, lapor The Star.

Fatin Syahirah dikecam teruk oleh netizen berikutan rakaman persembahannya yang tidak begitu membanggakan tular di media sosial.

Kritikan itu memaksa atlet tersebut memadam semua gambarnya di Instagram kecuali satu posting yang menyatakan permohonan maaf.

Bagaimanapun, ramai yang tampil mempertahankan Fatin Syahirah termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang meminta agar kritikan itu ditujukan kepada beliau.

Sumber: mStar