WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

POGBA SEDIA TINGGALKAN UNITED

Dikatakan bintang Perancis itu yang tidak menuntut gaji tinggi, berminat untuk ke Sepanyol ketika dia meninggalkan Juventus dua tahun lalu


Back To Sports Updates

LONDON: Paul Pogba mahu meninggalkan Manchester United untuk ke Barcelona meskipun keretakan hubungannya bersama pengurus, Jose Mourinho dapat dipulihkan.

United menegaskan pemain yang melakar rekod perpindahan kelab sebanyak £89 juta (RM464 juta) itu tidak akan dijual, tetapi Pogba dikatakan sudah bertekad untuk berhijrah ke Sepanyol.

Mourinho dilihat cuba untuk menenangkan pemain tengahnya itu dengan memberi tugas selaku kapten untuk perlawanan pertama bertemu Leicester City. Bagaimanapun, hubungan mereka berdua dilihat masih tegang selepas Pogba berkata, dia tidak dapat membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu tanpa dapat mengelak dariapda dikenakan hukuman.

Difahamkan, keinginan Pogba untuk bermain bersama Barcelona adalah faktor utama dia mahu meninggalkan United dengan hubungan tegangnya bersama Mourinho kini menjadi isu kedua.

Dikatakan bintang Perancis itu yang tidak menuntut gaji tinggi, berminat untuk ke Sepanyol ketika dia meninggalkan Juventus dua tahun lalu.

Bagaimanapun, ejennya, Mino Raiola gagal untuk mencapai persetujuan dengan Barcelona atau Real Madrid sebelum United menawarkan rekod perpindahan dunia.

Pogba, 25, sudah memberitahu Naib Presiden di Old Trafford, Ed Woodward serta rakan sepasukan bahawa dia mahu ke Barcelona.

Raiola bersetuju dengan tawaran Barcelona bernilai £89.5 juta (RM466 juta) selama lima tahun tetapi United menolak tawaran itu.

Mourinho dikatakan bengang dan terkejut dengan komen Pogba selepas United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Leicester.

Ditanya mengenai situasinya, Pogba berkata: "Ada perkara yang tidak boleh saya dedahkan. Jika tidak saya akan dikenakan hukuman.

"Anda perlu tahu satu perkara. Pemain yang sentiasa menjadi pilihan dan gembira akan sentiasa berasa selesa berbanding sebaliknya. Itu saya yang boleh saya katakan."

Sumber: Berita Harian