WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SUKAN ASIA: DAREN DIPILIH GANTI CHONG WEI

Daren mengetepikan pemain muda, Cheam Jun Wei, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Chong Wei


Back To Sports Updates

Pemain badminton profesional negara, Liew Daren, dipilih menggantikan Datuk Lee Chong Wei untuk beraksi dalam acara perseorangan Sukan Asia Indonesia selepas meraih gangsa Kejohanan Dunia di Nanjing, China, minggu lalu.

Daren mengetepikan pemain muda, Cheam Jun Wei, untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Chong Wei.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan bersama Daren selepas tiba ke tanah air dari China, hari ini.

"Kami telah membuat keputusan untuk menggantikan Chong Wei dengan Daren. Seperti yang saya katakan, hari ini adalah hari mesyuarat pendaftaran delegasi, sepatutnya kami tukar dengan Jun Wei tetapi dia (Daren) bernasib baik.

"Kami tidak memasukkan nama Jun Wei tetapi nama Daren. Kami terus tukar (ganti) Chong Wei.

"Maksudnya, skuad perseorangan diwakili Daren dan Lee Zii Jia," kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Pemain Akademi Badminton Air Asia itu berjaya mengekalkan reputasinya sebagai perseorangan kedua terbaik negara di belakang Chong Wei.

Daren, yang kali terakhir beraksi di atas tiket BAM pada 2016, ketika ini menghuni ranking ke-39 dunia.

Sementara itu, pengeluar jenama sukan, Bata, dipilih sebagai penaja kasut rasmi kontinjen negara ke Sukan Asia.

Sumber: AWANI