WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

MANCHESTER UNITED TOLAK TAWARAN BARCELONA UNTUK DAPATKAN POGBA

Juventus juga dilaporkan berminat mendapatkan semula khidmat Pogba


Back To Sports Updates

Kelab Manchester United tolak tawaran 45 juta pound dari Barcelona untuk mendapatkan Paul Pogba.

Perkara berkenaan dilaporkan sebuah portal Sky Sport Itali.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan.

Pogba sebelum ini dilaporkan kembali ke pusat latihan Man U selepas selesai kempen Piala Dunia bersama pasukan kebangsaannya Perancis.

Agen Pogba sebelum ini dilaporkan memujuk Man U melepaskan pemain itu untuk menyertai Barcelona, sebelum jendela perpindahan ditutup.

Juventus juga dilaporkan berminat mendapatkan semula khidmat Pogba.

Hasrat perpindahan Pogba ke kelab lain boleh dikaitkan dengan perselisihan faham antaranya dengan pengurus Jose Mourinho musim lalu.

Sumber: AWANI