WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

NEYMAR SERTAI PSG DI SHENZHEN

Neymar mungkin akan menghadapi Monaco susulan pengesahan PSG bahawa dia telah menyertai rakan sepasukannya di China


Back To Sports Updates

Neymar tiba di China menjelang aksi sulung Paris Saint-Germain (PSG) di bawah sentuhan jurulatih baru, Thomas Tuchel.

PSG bakal menghadapi seteru Ligue 1, AS Monaco, dalam pertembungan merebut Trophee des Champions di Shenzhen pada Sabtu ini.

Penampilan terakhir Neymar bersama PSG adalah pada Februari lalu ekoran insiden patah jari kaki ketika menentang Marseille.

Kecederaan itu mengetepikan Neymar untuk baki saingan domestik, begitupun pemain berusia 26 tahun itu pulih untuk menghadapi Piala Dunia 2018 bersama Brazil.

Anak buah Tite disingkirkan oleh Belgium di peringkat suku akhir sambil Neymar hanya mampu menyumbang dua gol dalam kejohanan di Russia itu.

Pemain termahal dunia itu berpeluang untuk melupakan kehampaannya pada hujung minggu ini dan dia mungkin akan menghadapi Monaco susulan pengesahan PSG bahawa dia telah menyertai rakan sepasukannya di China.

Sumber: AWANI