WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MESUT OZIL TINGGALKAN JERMAN

Ozil berkata dia kecewa apabila dipersalahkan atas kegagalan Jerman di Piala Dunia baru-baru ini


Back To Sports Updates

Pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil mengumumkan tidak mahu lagi mewakili Jerman di pentas antarabangsa.

Ozil mendakwa menerima layanan buruk daripada persatuan bola sepak Jerman.

Dalam kenyataan rasmi, Ozil berkata dia kecewa apabila dipersalahkan atas kegagalan Jerman di Piala Dunia baru-baru ini.

Mei lalu, Ozil dikritik kerana dirakam bergambar dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di sebuah majlis tertutup di London.

Foto itu menjadi kontroversi apabila umum mempersoalkan kesetiaan Ozil kepada Jerman.

Sumber: AWANI