WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

JUVENTUS JUAL 520,000 HELAI JERSI RONALDO DALAM 24 JAM

Sehelai jersi Ronaldo boleh mencecah harga USD 120 atau RM487, dan Juventus telah mencatat hasil jualan sebanyak USD 62.4 juta


Back To Sports Updates

TURIN: Kelab bola sepak terbesar Itali, Juventus, menjual lebih 520,000 helai jersi Christiano Ronaldo dalam masa 24 jam selepas perpindahan legenda Portugal itu dari Real Madrid.

Menurut laporan beIN Sports, kelab gergasi Itali itu hanya menjual 850,000 helai jersi kelab sepanjang musim 2017/2018 sebelum kehadiran Ronaldo.

Menurut Yahoo Italy dan The Guardian, sehelai jersi Ronaldo boleh mencecah harga USD 120 (RM487), dan Juventus telah mencatat hasil jualan sebanyak USD 62.4 juta (RM253.5 juta) iaitu hampir setengah nilai yang dibayar untuk perpindahan pemain itu.

Ronaldo meninggalkan Real Madrid dengan jumlah perpindahan sebanyak USD 129.3 juta. Kelab gergasi Itali itu bukan sahaja mencatat keuntungan menerusi jualan jersi kerana ia hanya menerima 10 sehingga 15 peratus keuntungan jualan iaitu sebanyak USD 6 hingga 9 juta.

Walaubagaimanapun, perpindahan Ronaldo telah memberi keuntungan kepada Juventus apabila sahamnya mencanak sehingga 40 peratus apabila berita perpindahan diumumkan. Malah, akaun media sosial kelab itu turut menerima lebih 1.5 juta pengikut baru dalam waktu sehari.

 

520,000 jersi Juventus untuk Ronaldo terjual dalam masa 24 jam

 

Kejayaan Ronaldo juga dikatakan telah mengalahkan rekod yang dipegang pemain Brazil Neymar sewaktu perpindahannya ke kelab Paris Saint-Germain pada nilai 263 juta apabila kelab Perancis itu hanya menjual 10,000 jersi dalam masa 24 jam.

Menurut Forbes, Ronaldo, 33 tahun, sebenarnya menerima bayaran kurang berbanding apa yang diterimanya sewaktu bersama Real Madrid dari gaji tahunan sebanyak USD 66 juta kepada USD 64 juta. Juventus juga dilaporkan harus membayar bayaran perpindahan sebanyak USD 140.80 juta kepada Real Madrid.

Barang berjenama Juventus juga dikatakan berada dalam kategori premium. Memetik laman web kelab tersebut, jersi kanak-kanak dengan nama Ronaldo boleh mencecah harga USD 98.90 atau RM401, jersi wanita USD 110.60 atau RM449.31 dan jersi lelaki USD 104.95 atau RM426.00.

Menurut Metro.UK, Ronaldo turut menasihati Juventus untuk mengambil khidmat pemain Real Madrid dari Brazil, Marcelo, 24 jam selepas beliau menjadi pemain rasmi kelab itu.

Sumber: AWANI