WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ALISSON BAKAL JADI PENJAGA GOL TERMAHAL DUNIA

Aksi cemerlang Alisson bersama Brazil dan Roma memikat pengurusan Liverpool untuk dapatkan khidmat penjaga gol berusia 25 tahun ini


Back To Sports Updates

Liverpool tidak teragak-agak untuk berbelanja besar demi memastikan gawangnya dijaga rapi. Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini hampir pasti mendapatkan khidmat penjaga gol Roma, Alisson Becker.

The Reds dilaporkan sanggup membayar 70 juta Euro kepada Roma bagi melepaskan pemain kebangsaan Brazil berusia 25 tahun itu.

Jika bidaan itu berjaya, Alisson bakal melakar sejarah sebagai penjaga gol termahal dunia mengatasi rekod perpindahan Gianluigi Buffon dari Parma ke Juventus pada 2001 yang bernilai 53 juta Euro.

Rekod penjaga gol termahal EPL pula kini dipegang Ederson yang berhijrah ke Manchester City dari Benfica dengan nilai 40 juta Euro pada Jun 2017.

Alisson baru dua musim bersama gergasi Serie A itu dan musim lepas dia beraksi dalam 37 perlawanan. Dia memulakan karier profesionalnya bersama kelab Brazil, Internacional.

Dalam Piala Dunia 2018 lalu penjaga gol kebangsaan Brazil itu diturunkan dalam kesemua lima perlawanan sebelum juara lima kali itu tersungkur di peringkat suku akhir kepada Belgium.

Kedudukan Loris Karius selaku penjaga gol utama Liverpool bagai telur di hujung tanduk selepas beberapa kesilapan yang dilakukannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Ia termasuk ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi akhir Liga Juara Eropah musim lepas.

Sumber: AWANI