WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MANNY PACQUIAO TUMPASKAN LUCAS MATTHYSSE, RAIH GELARAN JUARA WELTERWEIGHT WBA

Manny Pacquiao beraksi bersama Lucas Matthysse, di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 15 Julai, 2018


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Petinju lagenda dari Filipina Manny Pacquiao sekali membuktikan kehebatannya selepas menumpaskan Lucas Matthysse untuk meraih gelaran juara dunia weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) menerusi technical knockout (TKO) pada pusingan ketujuh.

Pacquiao kembali untuk merampas gelaran tersebut dari juara bertahan kelahiran Argentina itu selepas hampir setahun tidak beraksi.

Petinju berusia 39 tahun itu mengasak lawannya sejak pusingan pertama dan berjaya mengekalkan momentumnya sehingga pusingan ketujuh selepas Matthysse tumpas menerusi tumbukan padu tangan kiri Pacquiao.

Kejohanan Fight Of Champions yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, merupakan perlawanan tinju terhebat selepas kali terakhir diadakan pada Julai 1975 di antara Muhammad Ali dan Joe Bugner.

Pacquiao yang merupakan satu-satunya juara dunia lapan divisyen.

Dia muncul kembali selepas gagal mempertahankan tali pinggang apabila tewas dengan Jeff Horn di Australia pada 2 Julai tahun lalu.

Sumber: AWANI