WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

BECKHAM MENANG PERTARUHAN DENGAN IBRAHIMOVIC

Perhitungan itu dimulakan oleh Ibrahimovic menerusi akaun Instagram miliknya


Back To Sports Updates

England menebus kehampaan bertahun lamanya untuk melakar sejarah dengan mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Dunia selepas menumpaskan Sweden 2-0 di Samara.

Dan legenda The Three Lions, David Beckham ingin menuntut hadiahnya daripada rakan dari negara lawan, Zlatan Ibrahimovic.

Dua bekas rakan sepasukan di Paris Saint-Germain (PSG) itu membuat perhitungan sebelum perlawanan suku akhir antara negara masing-masing, dimulakan oleh Ibrahimovic yang mencabar Beckham menerusi akaun Instagramnya.

Perjanjiannya; sekiranya England menang, Zlatan akan membawa Beckham ke mana sahaja restoran di dunia ini untuk makan malam yang akan dibayar olehnya, dan sekiranya Sweden menang, Beckham perlu membelikan apa sahaja yang dimahukan Zlatan dari gedung perabot dan perkakasan rumah terkemuka Sweden, Ikea.

Beckham, yang bersetuju dengan pertaruhan itu tetapi kemudian mengubah sedikit hadiah kemenangan perjanjian itu.

Sekiranya Sweden menang, Beckham bersetuju untuk belanja Zlatan segala yang dimahukan untuk rumah barunya di Los Angeles dari Ikea, tetapi sekiranya England yang menang, pemain tinggi lampai berusia 36 tahun itu perlu hadir menonton mana-mana perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan England di Wembley, sambil memakai jersi England dan menikmati ‘fish and chips’ ketika rehat separuh masa.

Zlatan bersetuju.

 

 

Dengan kemaraan The Three Lions ke saingan separuh akhir yang pertama sejak 1990, nampaknya kedua-dua bintang itu akan terbang ke England untuk melunaskan janji antara dua lelaki yang telah dimeterai.

England akan mengendalikan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat di Wembley pada 15 November.

Namun ketika ini, ketika Beckham masih menumpukan perhatian kepada perjalanan kempen England yang masih belum selesai di Rusia, mungkin Zlatan boleh brehat seketika sementara menanti ‘hukuman’ tiba!

Sumber: AWANI