WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

MATTHYSSE PERLU 'BERTARUNG' WAKTU MALAYSIA SEBELUM BERDEPAN PACQUIAO

Legenda peninju antarabangsa Lucas Matthysse mengadakan sidang media ketika tiba di Malaysia pada Khamis


Back To Sports Updates

Juara bertahan kategori Welterweight Pertubuhan Tinju Dunia (WBO), Lucas Matthysse perlu menggunakan sebaik mungkin beberapa hari berikutnya sebelum berdepan legenda Filipina, Manny Pacquiao pada 15 Julai ini, bagi menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu di sini.

Selepas menempuh perjalanan sejauh 1,412 kilometer dari Los Angeles ke ibu negara untuk pertarungan di Axiata Arena, Bukit Jalil itu, perbezaan waktu 15 jam adalah sesuatu yang serius bagi peninju kelahiran Argentina itu bagi mengatasi masalah tersebut.

Peninju berusia 35 tahun itu yang dikenali sebagai 'The Machine' kerana pukulan agresifnya dengan 39 kemenangan (36 'knockout') berbanding empat kekalahan dalam kariernya, bagaimanapun tetap yakin dapat menumbangkan Pacquiao, yang mungkin menamatkan karier tinju senator Filipina itu.

"Saya dan Pacquiao sudah membuat persiapan rapi dan bersedia menghadapi pertarungan besar ini. Ia akan menjadi pertarungan hebat kepada penonton untuk menyaksikannya," kata beliau pada sidang media sejurus tiba di sini, pada Khamis.

Sementara itu, jurulatih Joel Diaz berkata peninju dari benua Amerika Selatan itu harus menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu secepat mungkin, dengan berbaki kurang daripada 10 hari menjelang pertarungan tersebut, yang diberi jolokan 'The Fight of Champions'.

"Berikutan pertarungan itu dijadual berlangsung pada waktu pagi, kita akan menjalani latihan pada sebelah pagi dan memberi fokus kepada fizikal dan menyesuaikan keadaan di gelanggang pada petang. Kini kita berusaha sesuaikan beliau dengan waktu pertarungan. Persiapan beliau sangat penting," katanya.

Matthysse, yang meraih gelaran welterweight pada Januari selepas mengalahkan peninju Thailand Tewa Kiram, akan mempertahankan gelarannya itu buat pertama kali berdepan 'Pacman', 39, yang merupakan satu-satunya juara dunia bagi kesemua lapan divisyen dengan 59 kemenangan (38 KO), tujuh kekalahan dan dua seri dalam kariernya.

Sumber: AWANI