WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

REMBATAN EMIL FORSBERG MEMASTIKAN KEMARAAN SWEDEN KE SUKU AKHIR

Sweden meraikan kejayaan mara ke suku akhir selepas menewaskan Switzerland 1-0 di Saint Petersburg


Back To Sports Updates

ST. PETERSBURG: Sweden mara ke suku akhir selepas menewaskan Switzerland 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung agak hambar pada Selasa.


Rembatan Emil Forsberg pada minit ke-66 yang terkena pemain Switzerland, Manuel Akanji sebelum menerjah gawang yang dikawal Yann Sommer.

Switzerland turut mempunyai beberapa peluang pada awal babak pertama dengan percubaan Steven Zuber diselamatkan penjaga gol Sweden, Robin Olsen.

Kedua-dua pasukan gagal memanfaatkan peluang yang terhidang di depan gol yang turut menyaksikan Michael Lang dibuang padang, tiga minit dalam masa kecederaan babak kedua, selepas menjatuhkan Martin Olsson untuk menafikan peluang menjaringkan gol.

Pengadil, Damir Skomina pada awalnya memberikan penalti kepada Sweden namun selepas merujuk semula video bantuan pengadil, VAR, faul sebenarnya dilakukan di luar kotak penalti sekali gus mengubah keputusan kepada sepakan percuma.

Sepakan percuma yang diambil Ola Toivonen berjaya diselamatkan Sommer namun ia merupakan tendangan terakhir pada perlawanan itu selepas Skomina meniupkan wisel penamat.

Sebelum itu, Olssen menyelamatkan tandukan Haris Seferovic ke arah gawang dalam masa kecederaan untuk memastikan Sweden terus mendahului.

Sweden menanti pemenang perlawanan antara Colombia dan England yang berlangsung pada lewat hari Selasa di suku akhir.

Sumber: AWANI