• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PENALTI JEDINAK TANGGUH HASRAT DENMARK

Hasrat Denmark untuk mengesahkan tempat dalam pusingan kedua lebih awal terbukti apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh


Back To Sports Updates

DENMARK 1 AUSTRALIA 1

Hasrat Denmark untuk melangkah ke pusingan kalah mati lebih awal tertangguh apabila diikat seri 1-1 oleh Australia dalam aksi Kumpulan C, sebentar tadi.

Beraksi di Cosmos Arena, Denmark mempertaruhkan gandingan trio serangan yang sama sewaktu menundukkan Peru sebelum ini, apabila meletakkan Yussuf Poulsen, Nicolai Jorgensen dan Pione Sisto di barisan depan.

Hasrat Denmark untuk mengesahkan tempat dalam pusingan kedua lebih awal terbukti apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh.

Jorgensen yang berada dalam kotak penalti bijak mengawal dan melambungkan bola melepasi benteng lawan, sebelum disudahkan dengan rembatan kaki kiri oleh Christian Eriksen untuk menewaskan penjaga gol, Mathew Ryan.

Denmark hampir melebarkan kedudukan pada minit ke-24 apabila Jorgensen menerima hantaran lintang dari sebelah kanan daripada Henrik Dalsgaard, namun tandukan penyerang berusia 27 tahun itu melewati palang gol.

Australia menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Poulsen -- yang disahkan dengan ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR) -- dan Mile Jedinak tidak berdepan masalah untuk menewaskan Kasper Schmeichel pada minit ke-38.

Bersambung babak kedua, Australia hampir menghukum kealpaan benteng lawan apabila rembatan deras Aaron Mooy dari luar kotak penalti menewaskan Schmeichel, namun percubaan pemain Huddersfield Town itu sedikit melewati palang pada minit ke-70, sebelum usaha kaki kiri daripada Tom Rugic ditangkap kemas penjaga gol Leicester City itu, seminit kemudian.

Skuad Socceroos terus kempunan untuk meraih gol kedua apabila rembatan pemain gantian, Daniel Arzani, ditepis oleh Schmeichel pada minit ke-87, sebelum percubaan susulan Matthew Leckie ditangkap penjaga gol berusia 31 tahun itu.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus memberi harapan buat Australia untuk mara ke pusingan kedua, dengan syarat mereka menewaskan Peru selepas ini menerusi jaringan besar sambil mengharapkan Perancis menundukkan Denmark.

Sumber: AWANI