WHAT'S NEXT

CATS TOP 30 RAYA

10.00am - 01.00pm

PEMAIN SKUAD BADMINTON PIALA THOMAS NEGARA TERLIBAT KES DISIPLIN

BAM sebelum ini sudah menegaskan dasar tiada kompromi dalam isu disiplin seperti berjudi dan merokok


Back To Sports Updates

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan ada kes disiplin -- insiden merokok membabitkan pemain skuad Piala Thomas 2018.

BAM sebelum ini sudah menegaskan dasar tiada kompromi dalam isu disiplin seperti berjudi dan merokok.

"Ya, kami sudah menerima laporan bahawa terdapat pemain-pemain yang merokok ketika menghadapi saingan Piala Thomas," kata Pengurus besar BAM, Michelle Chai.

"Kami telah berbincang dengan pemain berkenaan dan tindakan disiplin akan dikenakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan."

Sumber: AWANI