WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

RONALDO TINGGALKAN MADRID BUAT RAKITIC CERIA

Sekiranya Ronaldo memutuskan untuk beralih angin, Rakitic mencadangkan ia bagus buat Barcelona


Back To Sports Updates

Langkah Cristiano Ronaldo meninggalkan Real Madrid akan menjadikan pemain tengah Barcelona, Ivan Rakitic, bahagia.

Masa depan Ronaldo di Madrid dalam keraguan susulan komennya selepas mereka memenangi gelaran Liga Juara-Juara (UCL) ketiga berturut-turut dengan mengalahkan Liverpool 3-1 bulan lepas.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu kemudian mengakui komennya itu tidak kena pada masanya, lantaran itu meletakkan masa depannya di Santiago Bernabeu dalam keadaan tidak menentu.

Sekiranya Ronaldo memutuskan untuk beralih angin, Rakitic mencadangkan ia bagus buat juara LaLiga dan juara Copa del Rey, Barcelona.

"Saya sukar untuk mempercayai bahawa dia akan pergi," kata pemain antarabangsa Croatia tersebut kepada Marca.

"Tetapi dalam bola sepak, banyak perkara berubah dengan pantas dan jika dia pergi, saya tidak akan berbohong, saya gembira."

Zinedine Zidane tidak akan kembali ke Madrid pada musim depan setelah bertindak meletak jawatan, hanya lima hari selepas kejayaan UCL.

Rakitic tidak terkejut dengan keputusan Zidane sambil memuji pengurus itu yang melaksanakan tugas yang mengagumkan bersama Los Blancos.

"Pada awalnya, ia tidak mengejutkan saya," katanya. "Dia telah membuat keputusan dan anda perlu mengambil menghormatinya.

"Dia membawa Madrid ke tahap yang sangat mengagumkan, sesuatu yang sulit untuk diatasi."

Sumber: AWANI