WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KONGSI 55 GOL BERSAMA ROMARIO, NEYMAR BERBESAR HATI

Neymar kembali ketika kemenangan 2-0 ke atas Croatia pada 4 Jun, mencatat satu jaringan, mengelakkan beberapa halangan


Back To Sports Updates

Neymar telah menyamai pencapaian 55 gol buat skuad kebangsaan Brazil bersama Romario ketika bertemu Austria dan dia mengambil kesempatan itu untuk memberikan penghormatan kepada bekas penyerang legenda itu.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menikmati aksi bola sepak apabila kembali daripada tempoh rehat tiga bulan akibat kecederaan yang dialami semasa bersama juara Ligue 1 itu pada Februari lalu.

Dia kembali ketika kemenangan 2-0 ke atas Croatia pada 4 Jun, mencatat satu jaringan, mengelakkan beberapa halangan sebelum melepaskan percubaan yang mengenai palang gol.

Semalam, dia tampil dalam kebelasan utama ketika aksi berdepan Austria di Vienna dan bekas penggempur Barcelona itu turut menyumbat satu gol dalam tempoh 84 minit permainan.

Jaringan itu membolehkannya mengumpul 55 gol hasil daripada 85 penampilan bersama Selecao, membuatkannya rasa bangga apabila kini berkongsi kedudukan penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman bersama Romario dan ketinggalan 22 gol di belakang pemegang rekod, Pele.

"Bagi saya, ia adalah satu penghormatan. Amat menggembirakan apabila menyamai pencapaian Romario dan berada dalam kelompok penjaring terbanyak skuad Brazil.

"Saya mahu memberikan penghormatan buat Romario kerana dia adalah seorang idola. Seperti apa yang saya katakan pada minggu lalu, saya hanya mahu menjadi lebih baik berbanding diri saya sendiri.

"Jadi, ia adalah cara untuk memberikan penghargaan kerana dia bukan sahaja idola buat saya tetapi semua warga Brazil," kata Neymar.

Dalam masa sama, Gabriel Jesus yang turut menyumbatkan satu gol ketika bertemu Austria percaya siapa sahaja yang diberikan tanggungjawab untuk beraksi oleh pengurus, Tite, akan membalas kepercayaan itu tatkala dirinya dilihat sebagai pilihan utama berbanding Roberto Firmino untuk mengemudi jentera serangan pasukan.

"Ini adalah Brazil. Kami telah bersedia dan kami memiliki pemain-pemain yang hebat.

"Siapa sahaja yang dipilih Tite akan membuktikan kemampuan masing-masing. Kami mengharungi satu lagi perlawanan dan telah terbukti bahawa kami bersedia untuk saingan Piala Dunia," ujar Jesus.

Sumber: AWANI