WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CHONG WEI BERDEPAN UNDIAN SUKAR DI TERBUKA MALAYSIA

Untuk rekod, Chong Wei merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016


Back To Sports Updates

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berdepan undian sukar pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 26 Jun hingga 1 Julai ini.

Berdasarkan undian dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman webnya, www.bwfworldtour.com, pemain ranking ketujuh dunia itu yang juga juara 11 kali kejohanan berkenaan, akan berdepan pemain Jepun, Kazumasa Sakai di pusingan pembukaan pada 26 Jun, dan juara dua kali Sukan Asia, Lee Hyun Il dari Korea Selatan di pusingan kedua, pada hari berikutnya.

Jika tiada kejutan, Chong Wei dijangka bertemu pemain nombor satu dunia dan juga pilihan utama, Viktor Axelsen dari Denmark di peringkat suku akhir pada 28 Jun.

Sekiranya berjaya melepasi pemain tinggi lampai dari Denmark itu, Chong Wei dijadual bertemu sama ada tiga pemain China, iaitu juara bertahan Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 Chen Long atau pemain nombor tiga dunia, Shi Yuqi di separuh akhir pada 29 Jun.

Untuk rekod, Chong Wei merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.

Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 adalah saingan Jelajah Dunia Super 750 BWF yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah A$700,000 (RM2.790 juta).

Sumber: Bernama