• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TROFI PIALA DUNIA 2018 DIPAMER DI MOSCOW

Trofi yang menjadi rebutan 32 pasukan itu, Piala Dunia FIFA, ditayangkan kepada ratusan orang awam


Back To Sports Updates

MOSCOW: Kurang beberapa hari sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 berlangsung, trofi bagi anugerah sukan paling berprestij itu didedahkan kepada umum dalam satu acara di Red Square di Moscow pada Ahad.

Pada acara itu, wakil daripada pentadbiran Rusia, Jawatankuasa Penyelenggara Piala Dunia 2018 dan wakil penaja daripada Coca-Cola turut hadir bagi memeriahkan sambutan.

Trofi yang menjadi rebutan 32 pasukan itu, Piala Dunia FIFA, ditayangkan kepada ratusan orang awam bersebelahan salah sebuah mercu bandar Moscow, bangunan bersejarah Kremlin.

Sebelum ini trofi tersebut telah dibawa mengelilingi beberapa bandar-bandar utama di Rusia termasuk Vladivostok, Novosibirsk, Yekaterinburg, Samara, Kazan dan Saint Petersburg.

Piala Dunia 2018 akan bermula pada 14 Jun dengan menyaksikan perlawanan pembukaan di antara tuan rumah Rusia yang bakal berdepan Arab Saudi di Stadium Luzhniki di Moscow.

Kesemua perlawanan akan diadakan di 12 stadium terpilih di 11 bandar seluruh negara.

Sumber: AWANI