WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MARADONA: MESSI TIDAK PERLU BUKTIKAN APA-APA UNTUK ARGENTINA

Maradona menasihati Messi untuk terus bermain dan menikmati perlawanan


Back To Sports Updates

Diego Maradona berasakan Lionel Messi tidak perlu membuktikan apa-apa kepada Argentina apabila bintang Barcelona itu bersedia untuk menghadapi Piala Dunia yang mungkin terakhir baginya.

Argentina mara ke final di Brazil empat tahun lalu tetapi kalah di tangan Jerman dengan Mario Gotze menjaringkan gol tunggal dalam masa tambahan.

Maradona menjadi inspirasi kepada kejayaan Argentina ketika kali terakhir mereka memenangi Piala Dunia di Mexico pada 1986 sementara dia juga mengetuai pasukan semasa mereka tewas dalam final empat tahun berikutnya.

Tetapi Messi tidak mampu mencipta kejayaan setanding itu apabila pasukannya tewas tiga kali dalam final kejohanan utama.

"Saya akan menasihati Messi untuk terus bermain dan menikmati perlawanan. Dia harus melupakan pengkritik, jika dia boleh memenangi Piala Dunia atau tidak.

"Saya tidak tahu (jurulatih Jorge) Sampaoli, saya tidak tahu bagaimana dia bermain. Tetapi, saya tahu ramai pemain dan saya tahu mereka akan memberikan segala-galanya.

"Malah saya fikir mereka mempunyai peluang yang baik untuk menang. Tetapi saya tidak memilih (Argentina) sebagai pasukan kegemaran kerana pasukan kegemaran tidak pernah menang," kata Maradona kepada Omnisport.

Messi dan Maradona sering dibandingkan tetapi bekas pemain antarabangsa Argentina, Hernan Crespo, tidak percaya perbandingan antara duo itu memberi manfaat.

"Tidak perlu membuat perbandingan kerana kedua-dua mereka iaitu Maradona dan Messi masing-masing mempunyai pengalaman selain kesan luar biasa terhadap sejarah bola sepak," kata Crespo kepada Omnisport.

Sumber: AWANI