WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

AKSI PERSAHABATAN IRAN BATAL BUAT KALI KEDUA

Persediaan Iran bagi menghadapi Piala Dunia sekali lagi terjejas susulan pembatalan aksi persahabatan kedua


Back To Sports Updates

LONDON: Persediaan Iran bagi menghadapi Piala Dunia sekali lagi terjejas susulan pembatalan aksi persahabatan kedua menjelang kejohanan di Russia itu, bulan depan.

Pasukan itu mengharapkan dapat bertemu Kosovo di Istanbul, esok bagi menggantikan perlawanan persahabatan bertemu Greece yang terpaksa dibatalkan.

Menerusi satu kenyataan Persekutuan Bolasepak Iran berkata: "Permintaan baharu pada saat akhir daripada Persekutuan Bolasepak Kosovo untuk memenuhi undangan menyebabkan aksi ini mustahil untuk dilangsungkan."

Persekutuan itu menjelaskan mereka akan membuat laporan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan pembatalan perlawanan yang dilakukan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Greece.

"Kami akan membuat laporan kepada FIFA dan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya bagi menuntut ganti rugi atas masalah yang timbul susulan pembatalan perlawanan ini.

"Sehingga kami mendapat maklum balas daripada FIFA berhubung laporan ini, kami akan menghentikan seketika hubungan dengan (FA) Greece," katanya.

Satu-satunya aksi persahabatan yang akan diharungi mereka adalah bertemu Lithuania di Moscow pada 8 Jun.

Sumber: Berita Harian